Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT
Apabila pelanggan membeli produk-produk di Longlegs Network bermakna pelanggan telah bersetuju dengan TERMA DAN SYARAT yang kami sediakan. Sebagai pelanggan, anda haruslah mematuhi panduan TERMA DAN SYARAT Longlegs Network. Ia nya bagi melindungi kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.
Pihak kami berharap, para pelanggan membaca dan memahami terlebih dahulu TERMA DAN SYARAT dan setuju sebelum membuat pembayaran.
Semua harga adalah ditetapkan oleh pihak Pengurusan Longlegs Network. Sebarang promosi akan di umumkan kepada pelanggan dari masa ke semasa.
Segala maklumat berkenaan dengan diri anda adalah sentiasa tersimpan dalam keadaan selamat dan kami komited dalam menjaga kerahsiaan setiap maklumat pelanggan kami.
Pastikan nama dan kuantiti produk yang diisi pada sistem pesanan adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan jenis dan kuantiti produk yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan ketika memilih dan mengisi borang pesanan. Walaubagaimana pun, kami akan mengesahkan pesanan anda terlebih dahulu melalui email atau telefon.
PEMBAYARAN
Untuk pembayaran melalui ATM / CDM / BANKING ONLINE, anda membuat pembayaran melalui nombor akaun di institusi bank berikut :
Maybank : (no akaun dan nama akaun)
CIMB : (no akaun dan nama akaun)
Selepas bank-in, sila maklumkan kepada kami maklumat berikut melalui sms / whatsapp / email:
(1) Nama dan kod produk / perkhidmatan
(2) Nama / No Telefon / Alamat Penuh Pelanggan
(3) Slip Pembayaran / No Transaksi Banking Online
(4) Jumlah bayaran, akaun bank, kod atm/cdm , tarikh dan masa.
Boleh sms / whatsapp kepada :+6012-3684550 / +6016-2256548
atau email: longlegsnetwork@gmail.com
Sila pastikan alamat yang di beri adalah sah dan ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, Pelanggan akan di kehendaki menuntut barang tersebut di pejabat Perkhidmatan Courier yang berkaitan.
Sekiranya pembayaran lebih di buat, baki wang akan di pulangkan semula kepada anda.
PEMPROSESAN
Pemprosesan tempahan bermula selepas pelanggan membuat pembayaran. Kami memerlukan 3-5 hari bekerja untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari pertama.
KETERSEDIAAN STOK
Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami samada:
Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru sampai.
Menukarkan produk yang sama tetapi mungkin berlainan model / design / warna.
Demi menjaga integriti dan kredibiliti Longlegs Network akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan.
Semua barang yang telah di jual tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian daripada pihak kami seperti kesilapan jenis produk, produk luput tarikh atau kuantiti.
Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.
PROSES PENGHANTARAN
Kelewatan penghantaran : sekiranya barang di hantar adalah lewat sampai di atas tangungjawab syarikat kurier, pihak Longlegsnetwork memohon maaf atas kelewatan.
Kerosakan barang yang di hantar : sekiranya barang yang di hantar rosak semasa proses penghantaran, pelanggan boleh memulangkan barang yang dipesan dan pihak (Longlegs Network) akan menggantikan dengan lain. Pemulangan perlu dibuat dengan menghantar gambar ketika terima produk selewat-lewatnya sehari selepas tarikh anda menerima barang tersebut.
Kehilangan barang yang di hantar : sekiranya barang yang di hantar hilang semasa penghantaran oleh syarikat kurier, pihak Longlegs Network akan bertanggungjawab atas kehilangan.
Sekian, Terima kasih kerana menyokong kami.
Roslin :- Admin
Longlegs Network

No comments:

Post a Comment